EGGLESS FRUIT CAKE
Assalamualaikum…
Selamat pagi semua....
Semoga hari ni semua ceria2 yea...
Kalau ade yag perasan...dah lamakan QH tak berceloteh pepanjang macam
dulu2 tu...
Bukan ape...saje nak tukar sikit corak persembahan...kalau sesekali
berceloteh pon ok jugakkan...
QH pon ade bercadang nak tukar theme blog ni...tapi tak berkesempatan
lagi...
Sebab QH ade dapat beberapa feedback dari kawan2 yang berkunjung ke blog
QH ni mengatakan kadang2 blog ni lambat pula dia loading...
Jadi untuk menyenangkan semua QH kena la tukar design supaya orang tak
jemu nak tunggu lelama...
silap2 bile dah selalu sangat jadi macam tu...takde sape lak yang nak
berkunjung...itu la yang paling ditakuti...huhuhu
Sekarang masih tengah fikir2 dan tercari2 lagi design blog yang
cantik2...tapi simple...
mesti la nak yang cantik...sebab tu juga menyumbang tarikan untuk orang
berkunjung ke blog kita nanti...betul tak??
Hmmm ok la...cukup la celotehan QH untuk hari ni...kita sambuang di lain
siaran yea...hahaha...
Kali ni QH nak sharekan lagi satu resepi kek yang sedap...dari hari
tayangan kek ni lagi...QH memang tak sesabo nak mencubanya...
Resepi kek ni Qh ambil dari Kak DJ blog Dapurku Sayang...
Tapi agak lambat jugak la QH untuk mencubanya...sebab ade aje halangan...macam2...
Tapi akhirnya yang dinantikan terjadi juga...
Kalau tengok pada resepinya nampak macam rumit...tapi bile dah
mencubanya...agak senang...dan berbaloi mencuba...
Kek ni pon nampak mewah dengan buah2an campuran...
cuma QH buat agak selekeh sikit..hehehe...
tapi rasanya tetap sedap tau dan pada QH agak manis sedikit...
Untuk kek ni QH ade tambahan parutan kulit oren...permintaan dari Mr. Hubby...
Ok la jom kita tengok resepi ni...pada Kak DJ...QH minta izin untuk share
resepi ni pula yea...
Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi :
DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
- 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
- 2 sudu kecil baking powder (diayak)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
- 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional -QH letak parutan kulit oren 2 biji
- 125 ml jus oren
Bahan B :
- 250 g mentega
- 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
- 250 ml susu cair
- 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
- 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang
- optional
Cara-cara :
1.
Bahan B : Satukan semua
bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati.
Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu,
sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk
pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi.
Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
3.
Akhir
sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam
loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung
(jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon
supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
5.
Kemudian
taburkan badam cincang jika suka.
6.
Bakarlah
selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan
suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
7.
Setelah
masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari
loyang dan dipotong.
Post a Comment