BUAH MELAKA aka ONDE-ONDE
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah bertemu lagi kita sekali lagi...
Ade yang masih menyambung cuti lagi ker hari ni???
Hari ni QH nak kongsikan lagi satu resepi yang
sedap...kuih ni merupakan feveret QH jugak tau...Buah Melaka aka Onde-Onde...biase
kalau di Johor kuih ni dipanggil Buah Melaka...paling suka kuih ni kalau isi
kat dalam tu penuh...bile mengunyah tu melimpah isi gula merah kat dalam
tu...kuih ni tak boleh nak gigit sikit2 yea...nanti meleleh pula inti gula
melaka yang dah cair tu...masukkan terus seketul tu ke dalam mulut...hehehe
Resepi kuih ni pon banyak terdapat di majalah2,
internet dan juga blog2...pening jugak masa nak memilih resepi ni...sebab
banyak versi dari segi bahan2 dan cara menbuatnya...akhirnya terjumpa satu resepi yang betul2 menambat hati QH untuk mencuba...resepi ni QH ambil dari
resepi dari My [email protected] dan mudah resepi ni...resepi ni QH tengok
memang dah ramai yang mencuba...masing2 komen kuih ni sedap...memang diakui kesedapannya
kuih ni...
Kuih ni kena buat dengan
comel secomelnya...mudah nak dimakan nanti...sebab semasa kita merebus tu kuih
ni akan mengembang sedikit...kuih ni QH buat dalam 4 warna berlainan...dah buat
sendirikan jadi buat pon ikut kreativiti sendiri la...nak buat cantik2...saje
nak buat macam tu...terajin sikit pon yea jugak dan sebagai tarikan supaya untuk
makan, makan dan makan lagi...hahaha...
Ok la pada sesiapa yang nak mencubanya pula...resepi
ade kat bawah ni...pada My [email protected] mintak izin yea untuk letak
pula resepi yang sedap ni disini...selamat mencuba...
Buah
Melaka aka Onde-onde
By: My Resepi@ Ibufarzana
Bahan2
(dalam 20 biji)
- 1 cawan tepung pulut
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
- 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
- 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
- 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
Caranya
1.
Di
dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun
pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2. Sediakan periuk berisi
air, untuk proses masak buah melaka.
3.
Sementara
menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan
gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4. Air dah pun mendidih dan
masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.
Setelah
itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan
kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.
Okay,
dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin
nak makan buah melaka. Selamat mencuba
Post a Comment