BEGEDIL RANGUP
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W….
Dikesempatan
ni QH ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H kepada pengunjung2
blog ini serta semua muslimin dan muslimat sekalian…PERSEFAHAMAN
ASAS PERPADUAN UMMAH...
Sempena
cuti panjang ni…mesti ade yang dah merancang untuk keluar berjalan atau pergi
bercuti bersama keluarga kan…tapi mungkin ade juga yang hanya duduk dirumah…sebab
sebelum ni dah banyak cuti panjangkan…biase la kalau dah keluar tu…Ringgit
Malaysia nya jugak keluar…hahaha…
QH
sama macam cuti yang lepas...tak pergi mane2...duduk kat rumah aje...takde
bajet...hehehe...takde la nak duduk terperap aje kat dapur...banyak resepi yang
QH nak cuba...sebab semakin hari semakin banyak pula resepi2 yang betul2 QH tak
tahan menengoknya...asyik telan air liur dibuatnya...semua sedap2 pula tu...sampai
QH buat satu jadual senarai menu untuk cuti 4 hari ni...hahaha...macam2 hal la
kan...hikhik…
Nampaknya
hari ni QH tak boleh nak duduk lelama kat depan laptop ni…masa QH agak terbatas
sikit…banyak yang menunggu…kerja2 rumah dan kerja2 memasak…sebab bile ade cuti2
macam ni la baru QH berkesempatan untuk turun ke dapur dan mempulun mencuba
pelbagai menu…faham aje la kan…nak menyediakan sesuatu menu tu kadang2
mengambil masa yang agak lamakan…sampai kadang2 tu terasa cepatnya masa berlalu...nak
kejar pencahayaan ye jugak…sebab waktu siang aje gambar baru cantik…hihihi…
Kali
ni QH nak kongsikan lagi satu menu yang sedap…Begedil Rangup pula…memang sedap
begedil ni…bile mengunyah tu terasa semua bahan2nya…resepi ni QH ambil dari
blog Masam Manis…terima kasih Kak Ita sebab kongsikan resepi yang sedap ni…cuma
bahan2 aje QH ade la ubah sikit2…kalau ikut 100% mesti la sedapkan…sebabnya
terlupa nak beli barang2 tu semua…dah mula membuat baru perasan bahan tak cukup
jadi guna la ape yang ade…hehehe…pada Kak Ita…QH nak mintak izin untuk letak
resepi ni kat sini pula yea…
Jom2
tengok resepi…
BEGEDIL
RANGUP
By:
Masam Manis
Begedil
Bahan2
3
biji kentang
3
keping daging buger atau boleh guna daging cincang - QH guna daging ayam
daun
sup ~ di racik halus
2
ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2
cawan bawang goreng
2
sudu rencah soto yang telah ditumis - QH guna rencah Bihun sup
garam
secukup rasa
Caranya
Kentang
dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam.
Angkat
kentang, toskan minyaknya dan lecek halus.
Satukan
kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun
sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis
(perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto).
Gaul
rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika
terlembik tambahkan sedikit tepung gandum.
Menyalut begedil
Bahan2
1
butir telur ayam ~ dikocok
sedikit
lada hitam
serbuk
roti ~ untuk menyalut - QH guna cornflake
minyak
~ untuk mengoreng
Ambil
adunan dan bentukkan bebola kecil.
Salutkan
bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti.
Kemudian
celupkan ke dalam telur.
Salut
sekali lagi dengan serbuk roti .
Goreng
dalam minyak yang sederhana panas secara terendam.
Angkat
dan toskan.
Siap
di hidangkan bersama soto nasi atau mi.
Enak
juga di makan bersama sos cili.
Post a Comment