MIHUN GORENG
Assalamualaikum…
Selamat tahun baru diucapkan kepada semua follower2 dan pengunjung2 blog Qasey Honey dan ceria2 selalu di tahun baru ni…
Apa azam anda semua tahun baru ni yea…biasala bile masuk aje tahun baru…mesti kita akan dengar pelbagai jenis azam…azam tu penting juga kan…azam tu la yang akan bagi kita semangat untuk mencapai ape yang kita nak hajati…betul tak…tapi kalau setakat cakap nak berazam buatnya tidak… pon tak guna jugak kan…
Tapi awal tahun ni…
QH…kecewa la….
Sebab…
Lupa semalam adalah hari terakhir 2011…
Tak dapat nak update entry di akhir tahun 2011…31.12.2011
Huhuhu…
Sebab merayap tak ingat dunia…
Sape suruh kan…sedihhhhh…
Dah balik umah...
Penat...
Tengok lappy...besar kecik...besar kecik...besar kecik...terus mata tertutup...
Dah takde kenangan enrti pada tarikh tersebut…
Tapi takpe la nak buat macam mane…nasi dah jadi basi…hahaha…
Semalam habis satu negeri Johor QH lawati…setiap pelusuk dan ceruk daerah pegi merayap…(nampak sangat la menipunya)
Pagi semalam QH telah bertolak dari Kluang ke Johor Bahru…untuk melawat saudara belah mak di Hospital Sultan Ismail…itu adalah tujuan asal yea…sampai HSI tu tepat2 adalah pada waktu melawat…jadi tak perlu membuang masa menunggu lelama kat luar…ok dah dapat masuk ke wad…duduk la sambil berborak sampai ‘mak guard’ hospital tu jemput suruh keluar yea…tengok betapa terhormatnya pelawat ni kan…saudara mak QH yang kitaorang panggil Pak Long tu sakit kencing manis asalnya…tapi dah merebak ke penyakit lain lak…berangkai2…sampai ke buah pinggang…sedih juga tengok Pak Long semalam…bergenang juga airmata tapi tak nangis…tahan sedalam-dalamnya…
Bile dah keluar dari hospital tu…jumpa lak abang QH merangkap kembar QH sebenarnya…kami kembar sepasang…abang QH ni duduk kat Taman Rinting JB…so berjumpa la…terus ke Kampung Melayu Majidi yang terkenal dengan Nasi Ayam dan ABCnya untuk lunch…dan seterusnya bermula perjalanan merayap…
Ok stop…sambung kat entri lain pula…
Tengok resepi pula yea…jom…
Kali ni buat Mihun Goreng pula…sesuai la untuk sarapan pagi…rancangan asal nak buat mihun goreng tomyam…tapi ade lak 2-3 bahan lupa nak beli…jadi la mihun goreng biase aje…pada yang sudi nak mencuba dipersilakan yea…selamat mencuba…resepi tak seberapa dari QH ni…QH tau kat luar sana atau di internet banyak lagi resepi2 mihun goreng yang lagi meletoppp kannnn…salah satunya dari saya….hahahaha…(terperasan)!!!!!!
Sila la scroll ke bawah yea…
MIHUN GORENG
Bahan2
1 bungkus mihun - rendam hingga lembut dan toskan
15 ekor udang
6 ekor sotong
4 keping isi ayam - dipotong dadu & goreng sedikit
1 batang lobak merah - dihirs memanjang 2cm
1/3 biji kobis - dihiris
3 tangkai daun ketumbar - diracik
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
10 tangkai cili kering - rendam lembut
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan udang kering
Caranya
Mula2 goreng dada ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Kacau rata.
Kemudian masukkan sotong dan udang. Ratakan.
Masukkan lobak, kobis dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan mihun yang telah lembut dan gaulkan hingga rata.
Selepas itu masukkan ayam dan kacau rata dengan semua bahan. Rasakan garam.
Taburkan daun ketumbar dan gaul semula hingga rata.
Sediakan untuk hidangan keluarga.
Masukkan mihun yang telah lembut dan gaulkan hingga rata.
Selepas itu masukkan ayam dan kacau rata dengan semua bahan. Rasakan garam.
Taburkan daun ketumbar dan gaul semula hingga rata.
Sediakan untuk hidangan keluarga.
Post a Comment