Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...
Ke mana hari ni???
Ape rancangan sempena cuti GONG XI FA CAI ni???
QH tak pegi mane2...nak berehat di rumah aje...kalau berjalan pon sekitar2 sini aje...faham2 aje la...kalau dah bercuti panjang ni...sana sini jem...tak suka macam tu...lagi pon list untuk mencuba resepi dah panjang berjela ni...so kesempatan cuti la boleh mencubanya...boleh duduk kat dapur lama2...perut pon terisi yea tak...hihihi
Kali ni QH nak kongsikan lagi resepi yang telah dicuba...kejadiannya pon sempurna...suka sangat sekarang ni...semenjak dua menjak ni...menjadi aje resepi yang QH cuba...bertambah2 semangat nak masuk ke dapur lagi...lagi dan lagi...hahaha...badan pon semakin naik...naik dan naik la nampaknya...barang2 exercise semua dah ditolak ketepi...bagi peluang untuk membina lemak la pulak...hehehe
Ape ni dah terbabas ke mane lak ni...ok berbalik semula pada resepi ni...hari tu QH buat kek chiffon...kek chiffon ni memang kegemaran hubby...masa beli loyang untuk kek chiffon ni lagi...dia ade tegur...nak buat kek ni ker...buat la...dia suka...so QH pon cari la resepi kek ni...geledah sana...geledah sini...jumpa la resepi Marble Chiffon Cake ni... resepi ni QH ambil dari blog Dari Dapur CT pula...sedap kek ni...bile ade rasa pandan...ade rasa coklat tu bersatu...tak puas rasanya kalau makan sekeping...mesti nak berkali2 sampai habis...hihihi...
Ok la...pada yang ingin mencuba pula resepinya ade di bawah ni...QH buat semua ikut macam mane cara Kak CT buat...pada Kak CT...QH mintak share resepi ni...untuk tatap QH dan rakan2 yang lain...
Marble Chiffon Cake
source : rima@biousatoi, Dari Dapur CT
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan : A
7 biji telur putih (CT guna 5 biji telur A)
1/2 tsp cream of tartar
100 gm gula (CT guna 90 gm)
Bahan-bahan : B
7 biji kuning telur (CT guna 5 biji telur A)
100 gm gula (CT guna 90 gm)
175 gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
75 ml minyak masak
150 ml susu segar
1/2 tsp garam
1 tsp serbuk koko
1 tsb coklat emulco
1 tsb pandan pes (yang ini CT tambah)
1/4 tsp green colouring (yang ini CT tambah)
Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu 170.
2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk. Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh).
4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
7. Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
8. Potong dan hidangkan.
Post a Comment