Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUIH KERIA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…

Selamat pagi semua…


Semalam QH tak dapat nak bersiaran...kerana menguruskan beberapa hal yang penting...kalau boleh tak tertinggal sehari pon untuk berblog...tapi nak buat macam mane...kadang2 bile ade hal2 lain yang patut didahulukan...kita kena la dahulukan yea tak...


Resepi ni pon dah tergedik2 tergolek2 nak ke udara...hehehe...pagi ni QH nak kongsikan lagi satu resepi…yang telah diambil dari blog ResepiCitarasawan…resepi ni QH tengok dah ramai jugak blogger2 yang lain dah cuba membuatnya…nak senaraikan…tapi QH tak ingat la pulak…hehehe…jenuh nanti nak cari satu2…


Terima kasih pada Kak Wan kerana sudi berkongsi resepi yang sedap2...kita semua pon sedia maklumkan yang Kak Wan ni pon menjalankan perniagaan menjual kek, biskut dan kuih muih...tapi beliau sudi lagi untuk berkongsi resepi kepada kita semuan...biasenya jarang orang kalau dah berniaga untuk berkongsi resepi yang mereka buatkan...


Ok...untuk resepi kali ni...QH buat Kuih Keria pula...kuih ni merupakan kesukaan hubby dan QH sendiri...kalau pergi ke pasar malam atau ke gerai kuih2 atau ke bazaar ramadhan...kuih ni mesti tak ketinggalan untuk dibeli...tapi kuih ni agak maniskan...jadi kena berjaga2 juga...nanti kena penyakit kencing manis lak...tak boleh selalu la nak makan kuih ni...hihihi...

 

Tapi kuih keria yang QH buat ni ade sedikit gebuzz lak...sebab guna keledek oren ni...macam lembik sikit lak adunannya...jadi mungkin terlebih tepung sikit kot...dari ape yang Kak Wan syorkan tu...nasib baik tak liat...sampai hubby tanye...ni keria ke donut...hehehe...sebenarnya dah dijadikan KERNUT yea...hahaha...KERIA + DONUT = KERNUT...boleh macam tu...hisss saje aje bagi nama macam tu...nanti marah lak Kak Wan...memandai2 buat kuih dia macam tu...soriiii...

Jom la kita tengok resepi ni...pada Kak Wan...QH mintak share yea resepi ni untuk dikongsi pada kawan2 QH sekalian...selamat mencuba semua...


Kuih Keria / Malaysian Sweet Potato Donut
By: Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
250gm ubi keledek putih / oren
1 sudu besar tepung ubi / tepung pulut
80gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam


Cara-cara:
1. Rebus ubi keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
2. Masukkan garam, tepung gandum dan tepung ubi, uli hingga tidak melekat ditangan.
3. Jika menggunakan keledek oren tambahkan sukatan gandum kerana ubi jenis ini sangat lembut.
4. Timbang doh seberat 40gm dan buat bentuk bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya.
5. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas.
 
  

Menyalut keria
80gm gula pasir
3 sudu besar air

1. Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga nampak pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata.
2. Kacau hingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.



2 comments

CT Delima said...

As'salam QH

minggu lepas dah buat kuih keria dari K1 ni, adunan memang ada lembik sedikit. tapi ct letakkan lagi tepung memang sedang elok jadinya. guna keledek oren ni gitulah kan. Tapi mula2 tengok gambar tu ingat donat juga, bila dah baca entri sampai habis baru kuih keria..hihi

Qasey Honey said...

wslm...aha..tu la mcm donatkan rupanya...hihihi...ingat lembik sbb xjadi..rupanya mmg gitukn...