AIR SARSI DAN LONGAN
Assalamualaikum…
Selamat pagi
dan selamat kembali bertugas kepada sesiapa yang baru naik bercuti hari ni...
Sebelum tu
QH nak mengucapkan tahniah kepada pemenang2 AJL 2012...terutama sekali kepada
Hafiz AF dengan lagu Awan Nano...mesti Johan Raja Lawak suka kot...sebab dia kan
yang suka nyanyi lagu ni...dalam program Raja Lawak...begitu la awan nano, nano,
nano...hahahaha...ape la yang QH merepekkan ni...sudah, sudah la tu...
Tapi QH
rasa terkilan jugak sebab trio Shila, Jac dan Ning dapat tempat ke-2...sebab
lagu Beribu Sesalan tu QH minat sangat...QH tau anda semua pon mesti minat
dengan lagu ni jugak kan...dalam banyak2 persembahan...persembahan terakhir tu
QH suka...gabungan Hazama, Balck dan Lan menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman
Hj Arshad...nasib baik takde kat stadium malam tadi...kalau tak mesti dah
berjurai2 airmata...tersentuh dengar nyanyi lagu2 tu...
Ok la
cukup la bercakap pasal AJL malam tadi tu...kita terus ketujuan asal yea...
Kali ni QH
nak kongsikan menu minuman pula…Air Sarsi dan Longan...sedap la pulak bile
kedua2nya kita campurkan...ade dua rasa...tak cukup segelas kalau dapat
minum...dengan buah longan tu lagi dikunyah2...umphhh...senang aje nak
buatnya...campur semua bahan jadi la tu...setakat buat air tak akan ade yang GAGAL
lak kan...hikhik...kat bawah bi ade resepinya kalau nak mencuba
yea...sebenarnya kuantiti bahan2 QH main agak2 aje...kalau terkurang atau
terlebih boleh la adjust sendiri yea...
AIR SARSI DAN LONGAN
Bahan2
1 liter
air masak
250ml
cordial perasa sarsi - double lion
1 tin buah
longan dan air
Gula
secukupnya
Caranya
Bancuhkan
gula dengan air panas. Kacau sehingga gula larut dengan air.
Masukkan
perasa sarsi bersama air masak, buah longan dan airnya sehingga cukup rasa.
Akhir
sekali letakkan ais.
Siap
untuk dihidang. Sedia
untuk diminum.
Post a Comment