Qasey Honey. Powered by Blogger.

KARIPAP KENTANG

Assalamualaikum


Ape khabar semua???? Alhamdulillah hari ni QH kembali bersiaran. Tapi tak tau lak nanti akan kembali berdiam lagi ker…hehehe...bukan ape…bulan ni macam agak sibuk lak sedikit…lepas minggu lepas kawan dari kampong tu balik…minggu ni family QH lak datang…so memang takde masa untuk berblog…walaupon menyedari banyak resepi yang tertangguh untuk diupdate…takpe akan diusahakan untuk update kesemua resepi tersebut…:-)

 

Hari ni QH nak coleteh panjang sikit la kot…dah 5 hari tak berceloteh kat blog ni kan…tapi bab resepi aje la hari ni…banyak benda yang nak diceritakan tapi tunggu la kat enrti yang seterusnya nanti…kalau nak cerita semua nanti kat enrti berikut…QH takde idea lak untuk menaip mukadimah…huhuhu…mane la tau kot2 ade yang kat luar sana tuuu…rindu dengan celotehan QH macam pada entri sebelum2 ni…tupon kalau ade yang membacanya…ntah terus kepada resepi aje tak…hehehe…macam best aje tukar panggilan diri dari saya ke QH…hahah…singakatan dari Qasey Honey…nama pena untuk blog ni…


Resepi yang QH nak share kali ni…Karipap Kentang aje…untuk membuat doh karipap QH ambil resepi ni dari kawan QH…memang sedap dan rapuh…semasa membuat karipap ni…kat kepala ni asyik fikir aje…jadi ker tak karipap yang QH nak buat ni…macam mane rasanya…untuk karipap ni QH menggunakan acuan karipap sebab QH tak pandai nak klim tepi karipap tu...dah cuba sampai hitam la doh tu tapi masih tak jadi2...penyudahnya guna la acuan karipap...alhamdulillah bile dah siap semuanya…memang tidak mengecewakan walaupon rupanya agak tak cantik dan rasanya sedapppp…dengan kulit karipap yang rapuh


KARIPAP KENTANG

INTI KENTANG
Bahan2
5 biji ubi kentang
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
1 sudu besar ikan bilis* (dikisar)
3 cawan air@secukupnya
1 paket kecil serbuk kari Babas
1 sudu serbuk lada
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukupnya

Caranya
Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga wangi dan agak kering airnya.
Kemudian  masukkan rempah kari dan serbuk lada. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
Bila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau.
Kemudian masukkan ubi kentang dan air secukupnya. Jangan bubuh air banyak sangat nanti kentang jadi hancur. Letak air cukup kentang tu tenggelam saje.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masakkan hingga kering.
Bila dah agak2 nak kering, perasakan dan masukkan garam jika perlu.
Kacau lagi hingga kering inti tadi atau airnya dah takde tutup api dan sejukkan.



DOH
Bahan2
4 cawan tepung
1/2 butter
1/2 shortening
Garam secukupnya
Air ais secukupnya


Caranya
Mula2 campurkan sedikit garam dalam air sejuk.
Di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung, butter, shortening dan gaul hingga rata hingga jadi crumble.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua.
Uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan. Bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu.
Kemudian balut doh dgn plastic dan rehatkan doh dalam 10minit dalam peti sejuk untuk mendapatkan doh yang rapuh.
Bagus tips balut doh ni dengan plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan doh tu tak kering kalau kita buat banyak pun dohnya.


Boleh la mulakan proses menggelek doh dan mengisi inti.
Ambil sedikit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh.
Gelek nipis dan bolehla isi inti.
Saya guna acuan karipap sebab tak pandai nak klim tepi karipap tu.
Mana yang geti klim tepi karipap tu boleh la acu doh bulat2 untuk dapatkan bentuk yg sekata.



Cara nak mengoreng karipap ni penting juga yea…untuk dapatkan permukaan karipap yang cantik dan licin…kurang atau tak berjerawat atau yang gelembung2 udara tu…kalau cara QH…pastikan minyak dipanaskan terlebih dahulu…lagi satu pastikan minyak banyak dan biarkan karipap tu berenang2 kat dalam kuali…biar betul2 panas…bile nak mengoreng karipap tu…matikan api dapur dahulu…kemudian baru masukkan karipap satu persatu…tapi jangan masukkan terlalu banyak lak…nanti lambat masak…dan minyak akan meyejuk pula…bile dah masukkan karipap tadi…hidupkan api dan goreng macam biase dengan api sederhana…kena rajin balik2 kan…untuk warna yang sekata…bile dah agak kekuningan atau keemasan…angkat dan toskan…dengan cara mengoreng diatas…karipap akan cantik dan tidak berminyak…dan kurang la gelembung udaranya…selamat mencuba…



4 comments

Mak Tok @ Sajian Dapur Bonda (SDB) said...

Bila tengok karipap ini teringat semasa remaja dulu, Kak Noor ambil upah klim karipap. Dengan jualan karipap inilah, ayahanda dan bonda mengirim duit untuk perbelanjaan semasa di Uitm dulu. Sedap karipap dimakan panas-panas. Dah bertahun x buat karipap kerana x larat nak uli tepungnya.

Qasey Honey said...

jgn la cite sedih kak...huhuhu...terharu dibuatnya..
aha karipap ni kalau makan panas bru terasa kerangupannya...

Anonymous said...

shortening tu pa..sya bru nak bljr memasak nie..

Qasey Honey said...

Anonymous...
shortening tu lemak sayuran...warna putih...banyak tdapat di bakery shop dan pasaraya tpilih...klau kurang pasti bleh tnye dgn pekerja kedai bakery tu...