Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum

Selamat malam dan selamat berhujung minggu…

Utk projek masterchef hari ni saya memasak Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah merangkap menu utk sarapan dan makan tengahari tadi…senangkan…xpyh nk memasak byk kali…hehehe…


Sebenarnya hari ni x tau lak nk mbebel ape…hilang lak semua idea2 utk berkata2 disini…apsal ekk…

Mungkin diriku masih dlm keletihan atau kepenatan barangkali…kerana malam tadi…saya ikut dan teman Mama Aleen pegi event Hai-O di MAEPS Serdang…kol 3 pagi baru sampai umah…haa sekali dpt kuar x ingat nk balik ko…hish2…jalan pon dh terhuyung hayang dh jadinya…mengantuk yg teramat sgt!!! Tak sangka lak event tu mengambil masa yg lama nk habisss…lg 1 excited sgt nk pegi tu…nk tgk Jozan buat show…free kan sbb Mama Aleen yg support…sekali SY@Abg Jem@Salih Yaakob yg kuar daaaa…hampeh ku rasa time tu…


Event malam td tidak kurang gak meriahnya…ditambah lagi dgn CDM2 Hai-O pakai dan mengayakan baju mcm artis…bile ditanya sampai beriban2 harga sepasang baju…terasa lak diri ni kecik sgt time tu…walaupon tahu fizikal asal tidak begitu…rasa xsetanding dgn diaorang tu…saya la org yg memakai pakaian paling2 simple time tu…terasa nk patah balik…tapi xboleh sbb tumpang org…terpaksa meneruskan perjalanan disitu dan menebalkan muka!!!! Xpe next time kalau umur panjang dan Mama Aleen ajak lg tahun dpn…siap la korang semua…hahaha…

Ehh…pjg lak bebelan Si Qasey ni…td kata xde idea…biaq betui…huhuhu…ok la stop kt sini dulu…jom layan resepi kat bawah ni…olahan saya dan suami…


NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH


NASI LEMAK

Bahan2
3 cawan beras - dibasuh bersih dan ditoskan airnyer
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air - ikut jenis beras
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - dititik
3 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
1 inci halia* (*dihiris)
1 sudu makan minyak masak
secubit garam atau secukup rasa

Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, air, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia, minyak masak dan daun pandan. 
Masukkan garam secukup rasa.
Kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi betul2 masak, gemburkan dgn garpu.


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2
1/2 ekor ayam - dipotong dan dicuci bersih
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 inc halia*
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan* (*dikisar)
Garam - secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili

Lumurkan ayam dgn garam, kunyit dan serbuk lada hingga rata.
Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Lumurkan pada ayam hingga rata. Perap sekejap.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak kekuningan.
Siap untuk dinikmati bersama nasi lemak. 
SAMBAL TUMIS

Bahan2
15 biji cili kering* -  dipotong rendam hingga lembut
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar)
1 genggam ikan bilis - belah dua dan rendam
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup
Secubit pak aji

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum dan tumis hingga garing.
Masukkan air asam jawa, air, tambah garam secukup rasa, gula dan juga serbuk perasa. Biar mendidih.
Tambah ikan bilis dan masak hingga pekat. Masuk bawang hiris dan gaul rata.
Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. 

Bahan2 utk dimakan bersama
Telur rebus
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng


No comments