KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS
Assalamualaikum
Bertemu sekali lg…selesai sudah 2 tugas kt umh ni…sambung dulu berblogging jap…nti bru sambung balik keje 2 yg tertangguh tu…ade2 je kan…bukan ape xsenang rasanya selagi xselesai nk update entri ni…nti bile tertangguh last2 lupa lak…
Malam tadi sambil berehat2 kt depan TV…tetiba terasa nk cuba buat kek lapis lak…dr xde buat ape…baik godek2 kt dapur…mencuba resepi yg mampu dibuat…mampu tu bkn dr segi kewangan tp mampu x diri ni mencuba resepi sampai menjadi dan boleh dimakan…
Saya pon ape lagi…terus mintak tolong pd Si Goggle ni utk mencari resepi kek lapis yg simple dan mudah sikit utk dibuat…nk cuba yg senang2 dulu…sok2 kalau dh terror boleh la cuba yg lain lak…bkn ape takut xmenjadi je nti…kang membazir lak…
Dan si Goggle pon temukan saya dgn 1 resepi kek lapis yg agak mudah jugak utk dibuat…Kek Lapis Asam Manis Kukus…tp sebelum tu tgk dulu bahan2 cukup atau ade ke tidak…check kt kabinet semua ade…so ape lagi bermula la membaking kt dapur sorang2…
Resepi Kek Lapis Asam Manis ni…saya ambil dr blog Dapurku Sayang...bile dah siap…mmg xsabo nk merasa…nk tau ape rasa kek yg saya buat tu…jadi ker x…sekali mmg sedap tp agak manis sedikit…kek ni pon biase kita nmpk bile ade kenduri atau jamuan…tp bile membuatnya sendiri lagi rasa puas hati…pd Kak DJ, saya nk mintak izin utk letak resepi ni kt blog saya pulak yekk…jom layannnn...saya lak nk sambung buat keje umhhhh...
Kek Lapis Asam Manis Kukus
Oleh: Dapurku Sayang
(DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)
bahan-bahan :
- 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
- 4 biji telur A (sejuk)
- 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
- 4 sb susu pekat manis
- 1 sb ovalette
- 2 sb horlicks - optional
- 125 ml susu segar (sejuk)
- 1 sk esen vanilla
- 80 ml minyak jagung
- kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
- sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata. (Utk adunan ni saya buat 3 warna iaitu kuning, pink, hijau dan bg adunan sama rata).
5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
***semua bahan (kecuali hawflake dan pewarna) disukat dgn menggunakan cawan/sudu metrik. Harap maklum.
Post a Comment