Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM GORENG KUNYIT DAN TELUR DADAR CRABSTICK

Assalamualaikum…

Selamat tengah hari semua…masih dlm mood bercuti lagi kan bagi sesetengah negeri…sempena cuti ganti menyambut Maal Hijrah 1433H semalam…

   
Mesti ramai yg kat luar sana mengambil kesempatan cuti 3 hari ni pegi bercuti bersama keluarga…bawak anak2 berjalan…saya aje duduk umah x pegi mane2…saya mmg xbape suka kalau pegi bercuti kalau ade cuti2 panjang mcm ni…byk sebab…keadaan jalan yg agak sesak…tempat2 tumpuan pon ramai sgt yg berkunjung… ssh dapat parking keta…mcm2 lagi la…tp saya bukan antisocial yea…cuma xnk berserabut je kalau dh ramai sgt…suka suasana yg tenang…relax aje…



Ok…skrg kita tukar topic lak…kali ni saya nak share menu utk tengah hari tadi…ayam goreng kunyit dan telur dadar crabstick…lauk utk hari ni xberkuah la pulak…utk  resepi telur dadar tu…saya dah cilok dari blog Dapur Tanpa Sempadan…masa CMG publish hari tu resepi telur tu…geram je tengok…gebu sgt…mcm pancake dah jadinya…


Saya nk mintak izin pd CMG utk share pula resepi telur dadar tu di sini yea…jom layannnnn


AYAM GORENG KUNYIT

Bahan2
Ayam
3 ketul ayam - dipotong kecil
1/2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Utk menumis
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
6 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
1/4 kobis bunga - dipotong
1/4 capsicum merah
1/4 capsicum kuning
1/4 capsicum oren
1/2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
secubit pak aji

Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan capsicum merah, kuning dan oren.
Masukkan kobis bunga dan kacang panjang dan gaul rata.
Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
Apabila sayur sudah masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.
Siap untuk dihidang dan dimakan.


TELUR DADAR CRABSTICK
By: Dapur Tanpa Sempadan

3 biji telur
3 batang jejari ketam @ crabstick, hiris
1 biji cili merah, hiris halus - letak capsicum merah, kuning oren
4 pokok kuchai, hiris halus - ganti daun sup
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca besar mayonnaise
2 camca besar susu sejat - xletak
3/4 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Satu kan semua bahan2 diatas, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (atau ikut suka), tuang 1/2 camca teh minyak masak (mat guna minyak zaitun), ratakan dan tuang 1/2 bancuhan telur, masak dengan api kecil, tutup permukaan pan dengan tudung periuk kecil hingga permukaannya kental. Berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, angkat dan ulang proses yang sama untuk baki adunan..Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


No comments