Qasey Honey. Powered by Blogger.

PUDING KEK STRAWBERI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Di musim cuaca panas begini sudah tentu tekak ni menginginkan sesuatu yang sejuk dan dingin bukan…menurut tuntutan tekak la ni maka terbuat la puding kek ni…aduhaiii tekak ni macam2 pula yang di minta…heeee


Nak buat puding kek ni…mengambil sedikit masa sebabnya banyak step yang perlu dibuat tetapi hasilnya sangat ohsemmm…wallaaaa…ni menurut kata kawan2 QH la…ke nak ambil hati ekkk…heeee…QH buat lebih sikit hari tu untuk di bawa ke opis…dapat la merasa sorang satu…


Untuk buat puding ni...perlu buat basenya dahulu iaitu kek span...yang ni terpulang la nak buat kek perasa ape...boleh ikut citarasa sendiri yer...jika nak skip step ni...boleh guna kek gulung yang dah siap jual di kedai tu...apabila dah siap kek, sejukkan terlebih dahulu...sementara nak tunggu kek sejuk boleh sediakan buttercream...

Step seterusnya apabila kek dah sejuk baru la boleh mula proses menghancurkan kek tersebut...kemudian satukan dengan buttercream yang telah disatukan dengan nutella...masukkan bancuhan kek tadi ke dalam bekas yang bersesuaian...kemudian sejukkan ke dalam peti sejuk...

ok baru la boleh sediakan pudingnya pula dan siapkan step seterusnya sehingga siap...kesemua resepi QH ada sediakan di bawah yea...

sebenarnya nampak agak renyah untuk penyediaan resepi ni tetapi apabila kita dah buat...sekejap je dah siap dan nampak mudah sebenarnya...tak percaya sila la mencuba dahulu yer...SELAMAT MENCUBA



PUDING KEK STRAWBERI

BAHAN2
Kek span coklat -resepi rujuk di SINI
Buttercream + nutella - satukan
(BC dan nutella mengikut kesesuaian rasa - yang ni QH lupa nak buat sukatan)


BAHAN BUTTERCREAM
sumber AnnaQawina

150 gm gula aising - ayak (QH ayak 3kali)
150 gm shortening
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar

CARANYA

Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang. Ini akan mengambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya.


LAPISAN BAWAH

Ramaskan kek span sehingga hancur.
Kemudian masukkan buttercream yang telah disatukan dengan nutella.
Gaul kek dan buttercream tadi sehingga hancur (tidak perlu terlalu banyak)
Sediakan bekas yang sesuai. Sudukan kek tadi dan ratakan permukaannya.
Apabila sudah siap kesemuanya simpan seketika ke dalam peti sejuk.

Sementara itu siapkan adunan puding pula.


LAPISAN ATAS

BAHAN2
1 paket/10 gm serbuk agar-agar - clear
1 liter air
250 gm gula pasir
1 sudu kecil perasa strawberi
Nata de coco
Buah strawberi

CARANYA
Satukan serbuk agar2 bersama gula pasir. Sediakan periuk dan didihkan air.
Masukkan campuran serbuk agar2 tadi. Kacau hingga rata.
Tambahkan perisa strawberi dan kacau lagi. Masak sehingga mendidih. Matikan api.
Keluarkan bekas yang telah diletakkan kek tadi dari peti sejuk.
Tuangkan adunan agar2 tadi ke atas lapisan kek.
Letakkan potongan buah strawberi dan nata de coco.

Sejukkan agar2 tadi sehingga lapisan agar2 mengeras. Barulah dihidangkan.



1 comment

Hans Hanis said...

cantik dan menarik
mesti sedap