ROTI BURGER CHEESE
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Sesejak
ada breadmaker dari Pensonic ni rajin pula nak meroti…heee…sebab apa yer??? sebabnya
dengan adanya bantuan daripada bibik senang kerja2 nak menguli roti ni…campak2kan
sahaja bahan2 dalam tu…siap la doh roti tu dengan cantik…nak menguli dengan
tangan memang QH tak pandai…entah jadi roti ke lempeng nanti…heeee
Kali
ni selera QH teringin nak makan burger la…tapi sebelum tu kena la siapkan
rotinya dahulu…resepinya QH ambil dari kawan IG iaitu kak Ainazarina…macam2
resepi roti yang dihasilkan mana hati tidak terpaut…terima kasih yer kak…QH
kongsikan resepi ni di sini pula…
Tapikan
rasanya sekarang ni macam ramai yang meroti sendiri tau…tengok la di FB ker…IG
ker pasti akan terjumpa kawan2 di luar sana membuat roti dengan pelbagai bentuk
dan rasa…sebabkan QH nak makan burger…haaaa burger apa tu QH rahsiakan dahulu…yang
itu QH akan update kemudian yea…jadi roti yang QH hasilkan ni simple sahaja…in
shaa Allah akan datang QH cuba pelbagaikan lagi…di dalam resepi ni QH membuat
sedikit olahan dengan meletakkan cheddar cheese di atanya roti tu…itu saja…heeeee...nak cuba resepi ada di bawah yer...SELAMAT MEMCUBA
ROTI BURGER
sumber
Ainazarina77
resepi
asal Norhayani Mohd Noor
BAHAN A
250
gm tepung roti
50
gm tepung gandum
1
sudu kecil garam
2
sudu besar gula
2
sudu besar susu tepung
BAHAN B
180
ml air sejuk
1
sudu kecil yis
BAHAN C
40
gm mentega
Parutan
Cheese cheddar - QH tambah
1
sudu besar susu segar + 1 biji kuning telur - untuk sapuan atas roti
CARANYA
Masukkan
bahan B dalam BM (breadmaker)
Masukkan
pula bahan A
Uli
5 minit kemudian campur bahan C
Selesai
proses doh, keluarkan dan tumbuk untuk buang angin
Uli
sebentar, timbang 60 gm rounding, susun ring burger atas tray dan letak doh - takde ring burger boleh gantikkan dengan kertas dan bentukkan
bulat seperti ring
Tunggu
doh naik cantik, sapu eggwash dan tabur bijan - lepas
sapu eggwash QH letakkan parutan cheese cheddar
Bakar
pada suhu 170C selama 15-20 minit
Post a Comment