Qasey Honey. Powered by Blogger.

KILLER BREAD CHOCOLATE



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Opsss!!! termeroti tanpa sengaja pula kali ni...hehehe...macam mana tak tersengaja apabila kemas2 tengok tepung roti dah tak lama hayatnya...hihihi...dari dibiarkan membazir macam tu sahaja...rajinkan juga la menguli...QH menguli menggunakan mixer je ni...Alhamdulillah masih sempurna kejadiaannya...


Resepi roti QH masih menggunakan resepi Killer Bread yang pernah QH cuba sebelum ni...memang sudah terjatuh cinta dengan resepi..resepi yang simple tapi hasilnya meletopss...nampak kegebuan dan kelembutannya...kali ni QH buat perasa coklat pula...pastu uli doh kecil2 dan di bakar menggunakan loyang bersaiz 8x8”...resepi roti ni boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2...ok la berminat ingin mencuba resepi ada di bawah yer...resepi ni QH ambil dari blog Greatsword Empire Kitchen...terima kasih abang Ady berkongsi resepi ni untuk semua...ajommm meroti...SELAMAT MENCUBA!!!


KILLER BREAD

260g bread flour
3g instant dry yeast
160-180g + 2 egg yolk + full cream milk
30g to 40g sugar
2g salt
40g butter

- mix all ingredients (except butter) together and knead till you get a silky and elastic dough
- incorporate butter and knead till window pane stage (crucial)
- divide dough into 3 portions, then roll out flat. swiss roll, and place into greased loaf pan
- rise till dough reaches 90% of height of pan
- bake in preheated oven of 170 degrees C, second lowest rack for 20-25mins, tenting bread with foil if it browns too quickly


KILLER BREAD

260 gm tepung roti
3 gm yis kering segera/mauripan
160 - 180 gm + 2 kuning telur + susu penuh krim - QH letak 180gm
30 gm gula 40 gm - QH letak 40gm
2 gm garam
40 gm mentega

- Campurkan semua bahan (kecuali mentega) bersama-sama dan uli sehingga anda mendapat doh seperti sutera dan elastik.
- Masukkan mentega dan uli sehingga doh elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang atau naik sekali ganda. Tutup bekas dengan penutup yang sesuai.
- Panaskan oven.
- Bila dah mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
- Sediakan bekas atau loyang yang sesuai. Griskan loyang dengan mentega.
- Bahagikan adunan sama rata beratnya.
- Masukkan ke dalam oven seketika sehingga doh naik lagi sekali ganda. Buka sedikit penutup oven.
- Kenaikan sehingga doh mencapai 90% daripada ketinggian pan.

- Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170'C selama lebih kurang 20 - 25 minit. 


2 comments

adda syuhada said...

wow..bestnya..:)

NEKCIK said...

Hmmm sedapnya bau roti..mmg killing kalau tengok roti gebas gebus nii