Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Bertemu lagi kita pada hari ni…dah takde lagi yea
menu raya…dah habis kesemuanya QH update…hihihi…kali ni kita bertukar ke menu
lain pula…seperti yang telah QH janjikan semalam di Instagram dan FB…hari ni
kena la QH tunaikan dengan segera…hehehe
Hari ni nak berkongsi resepi kek pula…memang mood
tengah rajin nak buat kek aje…tapi yang simple2 aje la…sebab tu memang minat QH
berbanding memasak…hehehe…kek ni QH buat khas untuk adik QH sempena besday dia
pada hari Ahad lepas…kebetulan ade kat sini jadi kakaknya ni boleh la buatkan
dia kek sebiji…pilihan kali ni adalah kek oreo…sedap tau…
Kek oreo ni dah 2 kali QH buat…pertama kali buat
dulu…QH belum aktif berblog lagi masa tu…QH buat versi cupcake seperti resepi asal…kali
ni QH buatkannya dalam bentuk sebiji kek…deco kek ni atas permintaannya…
Pilihan deco kek kali ni ala2 Baskin Robbin gitu…tak
boleh nak tiru 100% kang nanti kena saman la pulak…hihihi…adik QH ni memang
suka makan aiskrim tu…tapi nanti kakaknya la yang kena pawww…huhuhu…
Kami buat kek ni secara berjemaah…keknya tu QH la
yang bancuh dan bakar tapi bab deco adik perempuan QH yang melapis dan melepa
kek ni…QH pantau saje…ala2 macam professional la konon…hahaha…main pantau2…tapi
last touchup QH la yang buat…kemaskan ape yang patut…sangat simple deco kek
kali ni…tapi agak menarik jugakkan…hehehe…perasan tahap ape tak tahu la…hahaha…disengajakan
buat selekeh2 sikit…baru la nampak berseni sikit…macam ala2 omputih…hihihi…
Resepi kek ni QH ambil dari blog Kak Ita@Masam Manis…kek
ni kalau dimakan begitu aje pon sedap jugak…kek ni QH buat menggunakan loyang
bersaiz 7inci…QH buat 11/2 adunan untuk kek ni…kalau nak buat 1 adunan pon
boleh juga…
Seperti biase kalau QH buat kek yang berlapis ni…QH akan
bahagikan adunan tu kepada beberapa bahagian yang kita nak…pastu ianya akan
dibakar berasingan…bile masa nak mendeco nanti tak perlu la untuk menyukat
ketinggian kek tersebut…tinggal untuk meratakan bahagian atas kek tu saje…buang
bahagian yang tak rata saje…untuk kek ni QH menggunakan buttercream untuk
toppingnya…pasal nak menghabiskan bahan2 buttercream tu…hehehe…
Pada yang nak mencuba dipersilakan yer…serius sangat
sedap dan sangat senang untuk buat kek ni…lembut…pada Kak Ita…mohon untuk
kongsikan resepi kek ni di sini pula yer…terima kasih kak…
Dibawah ni QH ade terangkan serba sedikit cara
mendeco yang QH gunakan…maaf yea gambarnya takde…tak sempat nak disnap…harap
penerangan tu membantu…jika tak faham atau ade nak bertanya ape yang patut…boleh
la bertanya dengan QH nanti yer…
Kek Oreo
Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis
Bahan2
250
gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking
powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (QH
kisar sekali dgn krimnya)
Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder,
telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas
tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar
berasingan.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15
minit 20-25 minit atau sehingga masak.
BUTTERCREAM
Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Caranya
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.
Cara
mendeco kek
(maaf gambar tidak disnap ketika proses mendeco kek)
Bahan2
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
Caranya
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas
tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama
tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga
selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
Bahan2
Coklat compound secukupnya
Caranya
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukan ke
dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap
dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum
dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan
pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la
potong kek tersebut.
Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco
seperti di atas.
Post a Comment